Saturday, October 1, 2016

Teknik 2 ASBF - Rolling Dividen

Teknik 2 - Rolling Dividen


Membayar pembiayaan hanya pada tahun pertama SAHAJA. Pada tahun berikutnya, pembiayaan dibayar MENGGUNAKAN HASIL DIVIDEN tahunan sahaja.

Contoh situasi:

Ahmad Rolling [pinjam nama pemberian Kentzige Bruang] memohon penbiayaan RM 200k dengan kadar keuntungan bank 5.2%. Bayaran bulanan berjumlah: RM 1098 Tanpa Insurans. Ali berniat untuk menutup pembiayaan pada tahun ke-5. Pembayaran pembiayaan hanyalah pada tahun pertama sahaja. Pendapatan melalui dividen diambil untuk membayar pembiayaan untuk tahun berikutnya dan baki dividen dibiarkan disimpan dalam ASB.

Pengiraan di bawah hanya mengambil kira nilai dividen tahunan 7.00% dan 0.00% bonus. 

Disember 2016: Memohon pembiayaan ASB 1 berjumlah RM 200k
Januari 2017: 200k Disburse
Feb - Disember 2017: Bayar pembiayaan RM1098 x 11 bulan : RM 12 078

Januari 2017: Dividen RM 14 000.
Januari - Disember 2017: Pembayaran: RM 1098 x 12 bulan =  RM 13 176
Baki Dividen yang tinggal: RM 824

Januari 2018: Dividen RM 14 057.
Januari - Disember 2018: Pembayaran: RM 1098 x 12 bulan =  RM 13 176
Baki Dividen yang tinggal: RM 881

Januari 2019: Dividen RM 14 119.
Januari - Disember 2019: Pembayaran: RM 1098 x 12 bulan =  RM 13 176
Baki Dividen yang tinggal: RM 943

Januari 2020: Dividen RM 14 185.
Januari - Disember 2020: Pembayaran: RM 1098 x 12 bulan =  RM 13 176
Baki Dividen yang tinggal: RM 1 009

Januari 2021: Dividen RM 14 255.
Januari - Disember 2020: Pembayaran: RM 1098 x 12 bulan =  RM 13 176
Baki Dividen yang tinggal: RM 1 079

Disember 2021: Tutup pembiayaan.
Jumlah Pembayaran sepanjang 5 Tahun: RM 12 078

Baki Akhir (Nilai Dividen yang tidak digunakan): RM 4 736

Dividen Januari 2022: RM 14 331

Nilai Surrender Value (SV) / Principal  selepas 5 tahun: RM 15 827

Nilai akhir pada buku ASB1 : Baki + Dividen + SV = RM 34 894  

Return on Investment (ROI)
ROI 5 tahun: ( [Hasil - Modal] / Modal ) x 100%
            = 188.91 %
Purata 1 tahun = 37.78%

** Nilai yang diperoleh ini lebih tinggi berbanding 7% nilai dividen tahunan.
** ROI untuk Teknik 2 akan bertambah sekiranya:

  1. Apply rate financing yang lebih rendah berbanding 5.2%
  2. Nilai dividen lebih tinggi berbanding 7%
  3. Nilai bonus tahunan dikira bersama.    

No comments:

Post a Comment